Monday, 21 April 2014

[ PERNIAGAAN BERMASALAH KERANA AKAUN YANG TIDAK TERATUR ]

Teks: Firdauz Hayati

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Jika kalian kategori usahawan di atas

-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan.

<<Semoga berjaya>>

Adakah anda mahu mengurangkan bebanan memikirkan:

a) Kos pekerja akaun (bayar bulanan) ?
b) Masalah mencari pekerja akaun yang berdedikasi ?
c) Masalah penyimpanan rekod yang bercampur aduk?
e) Pening membuat akaun lengkap?

Jangan PENING dan RUNSING !!

Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan membuat akaun perseorangan dan perniagaan mengikut masa anda. Sebulan, 1/3 tahun atau pun Setahun Sekali.

Kelebihan perkhidmatan kami:-
a) Kos yang minima dan mampu
b) Mengurangkan kos pengurusan  dan pentadbiran
c) Mempertingkatkan kawalan dan pengurusan kewangan
d) Penyata kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai
e) Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakauanan diguna pakai di malaysia.

Hubungi Kami Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

Blog link : http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/

Isikan Borang tempahan khidmat kami di sini http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/search/label/BORANG%20TEMPAHAN

Sunday, 20 April 2014

[ KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENIAGA KECIL ONLINE DAN OFFLINE ]

Teks: Firdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang berniaga tetapi tidak tahu cara yang betul mengurus kewangan agar perniagaan yang di bina akan nampak hasilnya.

Kenapa ramai yang hanya tahu berniaga, tetapi tiada system kewangan yang betul?

Keuntungan dan Kerugian tidak diketahui kerana mereka pakar dalam berniaga bukan pakar dalam mengurus kewangan atau kita biasa panggil pengurus akaun.

Di Antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh peniaga kecil Online atau pun Offline:

1) Tidak ada Rekod
2) Tidak Tahu Aliran Kewangan
3) Tidak Pandai jejak sumber
4) Tidak tahu menyimpan rekod

Kerana itu setiap peniaga wajib mempelajari :

1     1)      Cara merekod dengan betul
2     2)     Cara bagaimana meletakkan harga sesuatu barang selepas mengambil kira kos secara langsung dan kos tidak langsung.
3     3)      Mengira Untung atau Rugi?

 <<SENANGNYA MEMBUAT AKAUN>>

Adakah anda mahu mengurangkan bebanan memikirkan:

a) Kos pekerja akaun (bayar bulanan) ?
b) Masalah mencari pekerja akaun yang berdedikasi ?
c) Masalah penyimpanan rekod yang bercampur aduk?
e) Pening membuat akaun lengkap?

Jangan PENING dan RUNSING !!

Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan membuat akaun perseorangan dan perniagaan mengikut masa anda. Sebulan, 1/3 tahun atau pun Setahun Sekali.

Kelebihan perkhidmatan kami:-
a) Kos yang minima dan mampu
b) Mengurangkan kos pengurusan  dan pentadbiran
c) Mempertingkatkan kawalan dan pengurusan kewangan
d) Penyata kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai
e) Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakauanan diguna pakai di malaysia.

Hubungi Kami Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

4    

Thursday, 10 April 2014

KHIDMAT MEMBUAT AKAUN PERNIAGAAN

Tanggungjawab kami:

a) Menyediakan penyata kewangan setiap bulan atau tahunan sehingga tamat tempoh perjanjian.
b) Menghantar penyata kewangan secara e-mail atau cara yang difikirkan sesuai.
c) Menyediakan simpanan kira-kira (bookeeping)
d) Menyimpan segala maklumat sebagai RAHSIA dan SULIT

Jaminan Kami:

Anda atau perniagaan anda akan memperolehi penyata kewangan yang lengkap dan juga mematuhi amalan dan polisi perakaunan diguna pakai di Malaysia. Segala maklumat adalah RAHSIA dan DIPELIHARA.

Nota:

- Perjanjian bersama perlu dilakukan sebelum perkhidmatan ini dimulakan
- Caj yang dikenakan adalah berdasarkan skop dan transaksi urusniaga perakaunan dan juga kadar ukuran yang telah ditetapkan bersama seperti yang tertera di dalam perjanjian.

Hubungi Kami SMS/Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

Blog link : http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/

Isikan Borang tempahan khidmat kami di sini http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/search/label/BORANG%20TEMPAHAN

SOFTWARE AKAUN PERNIAGAAN

Teks: Firdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kenali software akaun perniagaan anda.

-AKAN DI UPGRADE-

<<Semoga anda berjaya>>

Adakah anda mahu mengurangkan bebanan memikirkan:

a) Kos pekerja akaun (bayar bulanan) ?
b) Masalah mencari pekerja akaun yang berdedikasi ?
c) Masalah penyimpanan rekod yang bercampur aduk?
e) Pening membuat akaun lengkap?

Jangan PENING dan RUNSING !!

Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan membuat akaun perseorangan dan perniagaan mengikut masa anda. Sebulan, 1/3 tahun atau pun Setahun Sekali.

Kelebihan perkhidmatan kami:-
a) Kos yang minima dan mampu
b) Mengurangkan kos pengurusan  dan pentadbiran
c) Mempertingkatkan kawalan dan pengurusan kewangan
d) Penyata kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai
e) Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakauanan diguna pakai di malaysia.

Hubungi Kami Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

DAFTAR KELAS ONLINE DAN OFFLINE PENULIS

Teks: Firdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 1) KELAS MENGENAL DOKUMEN UNTUK DIREKOD

a) Jualan
b) Belian
c) Modal
d) Ambilan
e) Perbelanjaan
f) Stok

2) KELAS MEMBUAT AKAUN LENGKAP PERNIAGAAN

a) Penyata Untung Rugi
b) Imbangan Duga
c) Kunci Kira-kira

<<Pilihan ditangan anda>>

Adakah anda mahu mengurangkan bebanan memikirkan:

a) Kos pekerja akaun (bayar bulanan) ?
b) Masalah mencari pekerja akaun yang berdedikasi ?
c) Masalah penyimpanan rekod yang bercampur aduk?
e) Pening membuat akaun lengkap?

Jangan PENING dan RUNSING !!

Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan membuat akaun perseorangan dan perniagaan mengikut masa anda. Sebulan, 1/3 tahun atau pun Setahun Sekali.

Kelebihan perkhidmatan kami:-
a) Kos yang minima dan mampu
b) Mengurangkan kos pengurusan  dan pentadbiran
c) Mempertingkatkan kawalan dan pengurusan kewangan
d) Penyata kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai
e) Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakauanan diguna pakai di malaysia.

Hubungi Kami Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

KISAH PENULIS

Teks: Fitdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

BORANG TEMPAHAN

Bayaran boleh dibuat secara online terlebih dahulu di :
Maybank Penulis 1 : 112473072361 (MOHD FIRDAUZ BIN ZULKIFILI)
Maybank Penulis 2 : 162870059153 (NOR HAYATI BINTI SHAHADAN)
CIMB Penulis 2 : 14210066560522

Isikan borang di bawah ini selepas selesai membuat transaksi
Name (Pembeli):
Email Address (Pembeli):
Alamat (pembeli)
No. Telefon (pembeli)
Bukti Transaksi(Tarikh,Masa & jumlah) :
Tujuan pembayaran :
Pesanan

Form provided by Freedback.

BERJIMAT DENGAN MEREKOD PERBELANJAAN HARIAN

Teks: Firdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

gambar: google

Ramai di antara kita menghadapi masalah untuk menyiman wang gaji bulanan kita. Lebih-lebih lagi yang baru sahaja mula bekerja. Sebelum gaji keluar sudah rancang macam-macam untuk dibelanjakan. Apabila akhir bulan, perut terpaksa diikat. Kemudian bulan seterusnya berazam ula untuk menyimpan wang tetapi sama juga tidak tahu kemana wangnya dibelanjakan.

Kami akan kongsikan beberapa cara agar anda boleh menjimatkan wang anda supaya duit gaji bulanan anda boleh disimpan:-

 -  Tuliskan gaji yang anda perolehi sebulan

 -  Senaraikan perbelanjaan yang besar/penting seperti bayar kereta, Rumah sewa & Pinjaman.

 -  Buat kira-kira Gaji bulanan - Perbelanjaan Besar = Baki Gaji

 -  Dari Baki Gaji buat budget untuk perbelanjaan harian untuk makanan, minyak kereta, bil api,     
    air, telefon (belanja mengikut budget sahaja).

 -  Buat tetapan simpanan untuk simpanan tetap atau pun simpanan untuk kecemasan.

Rekodkan semua perbelanjaan yang di buat hatta membeli keropok lekor di tepi jalan kerana kita akan nampak kemana wang kita hanya dengan merekod. 

Sebenarnya perbelanjaan yang kecil-kecil bila direkod akan mencecah ratusan ringgit tanpa kita sedari.

<<Selamat Berjaya>>

Adakah anda mahu mengurangkan bebanan memikirkan:

a) Kos pekerja akaun (bayar bulanan) ?
b) Masalah mencari pekerja akaun yang berdedikasi ?
c) Masalah penyimpanan rekod yang bercampur aduk?
e) Pening membuat akaun lengkap?

Jangan PENING dan RUNSING !!

Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan membuat akaun perseorangan dan perniagaan mengikut masa anda. Sebulan, 1/3 tahun atau pun Setahun Sekali.

Kelebihan perkhidmatan kami:-
a) Kos yang minima dan mampu
b) Mengurangkan kos pengurusan  dan pentadbiran
c) Mempertingkatkan kawalan dan pengurusan kewangan
d) Penyata kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai
e) Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakauanan diguna pakai di malaysia.

Hubungi Kami Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

KETAHUI CARA-CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

Teks: Firdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

gambar: google

Mengetahui Cara-Cara Memulakan Perniagaan

by www.min.com.my

Faktor-faktor Yang Dipertimbangkan Apabila Memulakan Perniagaan
 
Modal

Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.
Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.

Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.

Lokasi (Tempat Perniagaan)

Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.

Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.
Minat, pengetahuan dan pengalaman

Usahawan mesti mempunyai minat dalam perniagaan. Minat itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaannya susah untuk dijalankan.
Usahawan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika dia hendak membuka kedai pakaian, dia mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu.

Usahawan juga harus memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok 
pengurusan, mengurus wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun- serta lain-lain lagi.

Pengalaman boleh diperoleh dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang perniagaan yang berkenaan.

Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya, berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka.
 
Jenis dan saiz perniagaan

Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya.

Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.

Persaingan

Usahawan juga mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.

Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya. Tetapi jika usahawan dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik untuk kekedainya.

Bagaimanapun usahawan perlu mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk mengatasi para pesaing.

Undang-undang dan peraturan

Usahawan mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan.

Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Di samping itu, semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yanng hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa tempatan.

Usahawan juga mesti mematuhi berbagi-bagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain.

Sumber bekalan

Usahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.

Usahawan harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.
 
Memulakan Sendiri

Seseorang boleh memulakan perniagaan sendiri jika ia mempunyai keyakinan dan kebolehan tentu ia akan berjaya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, ia hanya perlu memastikan kewujudan perkara-perkara berikut :-

Pengalaman dan pengetahuan

- Minat yang berterusan
- Modal yang mencukupi
- Punca bekalannya
- Peraturan dan undang-undang tempatan
- Jenis perniagaan yang ingin dijalankan
- Lokasi perniagaan

Ramai pelanggan dan usahawan yang berjaya pada hari ini telah memulakan kegiatan perniagaan dengan sendiri.

Ambil Alih

Satu lagi cara untuk memulakan perniagaan ialah dengan mengambil alih atau bergabung. Ia bermaksud sebuah perniagaan yang sedang maju membeli atau bergabung dengan sebuah perniagaan yang lain dan mengambil alih pengurusannya. Di sini perkembangan perniagaan berlaku dengan cepat.

Apabila seseorang peniaga mengambil alih atau bergabung dengan sesuatu perniagaan, ia seharusnya menggunakan pengalaman dan pengetahuannya untuk :-

- Merundingkan harga yang terbaik
- Mendapatkan syarat-syarat bergabung atau ambil alih yang baik dari penjual.

Faktor-faktor yang dipertimbangkan apabila mengambil alih perniagaan :-

Kewangan perniagaan

Pada asasnya proses mengambil alih perniagaan lain perlulah mengambil kira langkah-langkah seperti membuat kajian awal untuk menilai kedudukan kewangan dan kadar keuntungan di samping meneliti dan memeriksa setiap butir kewangan yang disediakan oleh pemilik. Ia bertujuan memastikan kewangan perniagaan yang diambil adalah kukuh. Kajian juga termasuk mengkaji aset perniagaan yang ada seperti premis, lengkapan dan perabot agar mempunyai nilai semasa yang baik. Di samping itu, liabiliti perniagaan seperti pinjaman dan pemiutang juga perlu diketahui agar tidak menanggung beban hutang yang tinggi.

Faedah yang dinikmati

Kajian tentang kelebihan-kelebihan yang boleh didapati jika mengambil alih perniagaan tersebut juga perlu diambilkira, umpamanya dapat memiliki teknologi dan kepakaran yang ada. Begitu juga dengan aset seperti tanah dan bangunan yang boleh dimajukan untuk perkembangan masa hadapan. Bahagian pasaran yang telah dikuasai turut dinikmati dan pelanggan perniagaan dapat dikuasai.
 
Masalah yang dihadapi

Masalah-masalah yang dihadapi oleh perniagaan tersebut yang menyebabkan pemiliknya ingin menjualnya juga harus diambilkira untuk dikaji. Ini bertujuan supaya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dan menjadikannya sebuah perniagaan yang menguntungkan. Contohnya, jika perniagaan tersebut menghadapi persaingan yang hebat, kenalpasti pesaing tersebut dan kaji kelemahan yang ada untuk mengatasi persaingan.

Potensi berkembang

Masa hadapan perniagaan tersebut hendaklah dikaji samada ianya berpotensi untuk berkembang maju lagi. Kajian masa hadapan ini boleh dilakukan dengan melihat statistik-statistik serta keadaan pasaran semasa. Umpamanya, perkhidmatan bas mini di kawasan Shah Alam diadakan berdasarkan kepada banyaknya kawasan perumahan dan perindustrian yang telah didirikan di mana terdapatnya banyak permintaan untuk perkhidmatan tersebut. Beberapa tahun yang lepas ia tidak diadakan kerana perkembangan dan pembangunan kawasan tersebut masih dalam perancangan.

Persaingan yang akan dihadapi

Persaingan yang akan dihadapi juga diambil kira. Buat kajian dan kenalpasti pesaing yang wujud. Kaji kelemahan dan kekuatan pesaing tersebut supaya kita boleh mengatur rancangan atau strategi untuk mengatasinya. Contohnya, jika pesaing mempunyai kepakaran tertentu, cuba pelajari kepakaran tersebut atau dapatkan kepakaran orang lain sebagai rakan kongsi atau diambil sebagai rakan kongsi atau diambil bekerja.

Minat dan kecenderungan yang ada

Minat dan kecenderungan semula jadi perlu ada apabila ingin mengambil alih perniagaan. Tanpa minat dan kecenderungan ini, sudah tentu apa yang dilakukan nanti tidak sampai ketahap yang dikehendaki. Minat dan kecenderungan merupakan asas bagi memulakan sesuatu perniagaan, oleh itu pastikan ianya wujud di hati kita.

Warisan

Ada juga perniagaan yang diwarisi daripada ibubapa, nenek moyangnya, atau warisan keluarga.

Jenis perniagaan ini biasanya kukuh dan telah lama wujud dalam perniagaan.

Diundang
  
Diundang bermaksud perniagaan yang kekal dan sudah wujud mengundang seseorang @ sesebuah syarikat untuk menjadi rakan kongsi @ bergabung dengan syarikat induk. Individu @ syarikat ini diundang kerana potensi yang ada padanya dan prestasi individu tersebut @ syarikat tersebut amat baik.

Sumber Dari www.min.com.my

<<Semoga berjaya>>

Adakah anda mahu mengurangkan bebanan memikirkan:

a) Kos pekerja akaun (bayar bulanan) ?
b) Masalah mencari pekerja akaun yang berdedikasi ?
c) Masalah penyimpanan rekod yang bercampur aduk?
e) Pening membuat akaun lengkap?

Jangan PENING dan RUNSING !!

Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan membuat akaun perseorangan dan perniagaan mengikut masa anda. Sebulan, 1/3 tahun atau pun Setahun Sekali.

Kelebihan perkhidmatan kami:-
a) Kos yang minima dan mampu
b) Mengurangkan kos pengurusan  dan pentadbiran
c) Mempertingkatkan kawalan dan pengurusan kewangan
d) Penyata kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai
e) Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakauanan diguna pakai di malaysia.

Hubungi Kami Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

Wednesday, 9 April 2014

REKOD DI DALAM BUKU SIMPANAN KIRA-KIRA

Teks: Firdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gambar : google

Setiap transaksi yang berlaku dalam perniagaan mestilah menyimpan rekod di dalam buku simpanan kira-kira.

Kami menyediakan soalan dan jawapan di bawah bagi memudahkan anda faham bagaimana penyimpanan rekod itu berlaku.

1) Sekiranya saya menjalankan perniagaan kecil iaitu perniagaan yang perolehan kasar untuk setahun tidak melebihi RM150,000 daripada jualan barang dagangan atau RM100,000 daripada pemberian perkhidmatan, cara bagaimanakah akaun seharusnya disediakan? 

Akaun boleh disediakan berdasarkan asas tunai di mana anda boleh melaporkan pendapatan yang diterima dan tolak perbelanjaan yang dilakukan bagi tempoh perakaunan yang
berkenaan.

 Contoh: 

Perniagaan menjual barang dagangan :

– Penjual Roti Canai 

Encik Ahmad adalah seorang penjual roti canai di pasar. Beliau menyewa sebuah gerai dari kawannya dan membayar sewa gerai sebanyak RM100 setiap bulan. Beliau mempunyai dua
orang pekerja yang membantunya dalam operasi perniagaan.

Encik Ahmad boleh menyimpan rekod yang teratur dengan mengendalikan dan mengemaskini buku tunai bersama beberapa butiran Untung dan Rugi.

Buku Tunai

Buku Tunai digunakan untuk merekod semua bayaran dan penerimaan yang dibuat secara tunai dan cek. Ia dapat mengesan jumlah wang masuk dan cara perbelanjaan dilakukan.

Contoh format buku tunai yang ringkas mestilah mengandungi tarikh, butiran, Tunai dan bank.

Merekod Penerimaan dan Pembayaran

Encik Ahmad memperolehi jumlah jualan sebanyak RM 150 pada 30/9/2000. Pada hari yang sama, dia melakukan bayaran-bayaran berikut :

   • Upah pekerja bagi bulan September – (RM300 seorang)
  
   • Sewa gerai bagi bulan September – (RM100)

   • Perbelanjaan elektrik dan air bagi bulan September – (RM120) Rekod bagi penerimaan dan pembayaran tersebut boleh dibuat seperti berikut:

Encik Ahmad seharusnya boleh mendapatkan jumlah bagi semua ruang di akhir bulan untuk mengetahui baki bulanan bagi semua butiran. Jumlah dalam buku tunai boleh digunakan untuk tujuan membuat penyelarasan dengan penyata bank perniagaan setiap bulan.

Sumber dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/BM_PanduanPenyimpananRekod.pdf

<<Semoga berjaya>>

Adakah anda mahu mengurangkan bebanan memikirkan:

a) Kos pekerja akaun (bayar bulanan) ?
b) Masalah mencari pekerja akaun yang berdedikasi ?
c) Masalah penyimpanan rekod yang bercampur aduk?
e) Pening membuat akaun lengkap?

Jangan PENING dan RUNSING !!

Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan membuat akaun perseorangan dan perniagaan mengikut masa anda. Sebulan, 1/3 tahun atau pun Setahun Sekali.

Kelebihan perkhidmatan kami:-
a) Kos yang minima dan mampu
b) Mengurangkan kos pengurusan  dan pentadbiran
c) Mempertingkatkan kawalan dan pengurusan kewangan
d) Penyata kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai
e) Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakauanan diguna pakai di malaysia.

Hubungi Kami Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

Blog link : http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/

Isikan Borang tempahan khidmat kami di sini http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/search/label/BORANG%20TEMPAHAN

SUMBER DOCUMENT YANG PERLU DISIMPAN.

Teks: Firdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gambar : Google

Dari mana Sumber document boleh di dapati?

Apakah jenis rekod yang seharusnya disimpan?

Pada asasnya, anda perlu menyimpan rekod yang mencukupi untuk mengira pendapatan dan perbelanjaan untuk mengesahkan akaun. Rekod-rekod perniagaan yang biasa perlu disimpan adalah seperti berikut:

◆ Satu set buku-buku akaun yang lengkap bagi merekod semua transaksi perniagaan, penerimaan dan pembayaran

◆ Invois, baucer, resit dan dokumen yang berkenaan untuk mengesahkan jumlah-jumlah dalam buku-buku akaun Huraian mengenai rekod-rekod yang perlu disimpan adalah seperti berikut:

Rekod Jualan 

      • Jualan meliputi:
      
      – Ambilan stok untuk kegunaan persendirian atau keluarga
     
      – Barang atau perkhidmatan yang diberi kepada orang lain secara pertukaran dengan barang     
         atau perkhidmatan mereka

Resit
     
     • Jika perolehan kasar untuk setahun melebihi RM150,000 daripada jualan barang dagangan atau melebihi RM100,000 daripada pemberian perkhidmatan, resit yang dikeluarkan hendaklah mempunyai nombor bersiri.

     • Resit-resit untuk perbelanjaan kecil yang dilakukan mungkin sukar diperolehi. Bagi kes-kes sedemikian, rekod mengenai maklumat berikut perlu disimpan:

    – Tarikh perbelanjaan dilakukan

    – Amaun yang dibayar

    – Tujuan perbelanjaan dilakukan.

Penyata Bank Penyata BankPenyata Bank

    • Semua penyata bank atau buku simpanan bagi akaun di mana wang dikreditkan atau dikeluarkan untuk tujuan perniagaan perlu disimpan.

    • Akaun yang berasingan untuk tujuan perniagaan dan tujuan persendirian harus digunakan. Jika akaun berasingan tidak digunakan untuk perniagaan atas apa jua alasan, rekod hendaklah disimpan bagi mengenalpasti transaksi untuk tujuan perniagaan.

Stok Perdagangan Stok PerdaganganStok Perdagangan

   • Pada akhir tempoh perakaunan, pengiraan stok fizikal hendaklah dibuat bagi menentukan kuantiti dan kos stok dalam tangan atau kos kerja dalam kemajuan.

Senarai Penghutang dan Pemiutang Senarai Penghutang dan PemiutangSenarai Penghutang dan Pemiutang

   • Rekod yang berasingan bagi penghutang dan pemiutang bukan perniagaan harus digunakan iaitu orang yang berhutang wang daripada individu atau individu itu berhutang wang daripada orang lain yang tidak berkaitan dengan perniagaan.

Senarai aset dan liabiliti Senarai aset dan liabilitiSenarai aset dan liabiliti

   • Terdapat keadaan di mana aset dan liabiliti mungkin digunakan untuk tujuan perniagaan dan persendirian seperti berikut:
    
    ■ Kenderaan Bermotor

Rekod perbatuan untuk tujuan perniagaan dan persendirian hendaklah disimpan. Ianya akan
digunakan bagi pengagihan perbelanjaan antara kedua tujuan tersebut.

    ■ Premis Kedai

Sebahagian daripada kedai mungkin digunakan sebagai tempat kediaman. Jika perbelanjaan yang
dilakukan ke atas premis berkenaan mudah dikenalpasti berkaitan tempat kediaman persendirian, rekod tersebut hendaklah disimpan. Walaubagaimanapunterdapat perbelanjaan yang sukar dikenal pasti berkaitan kegunakan persendirian sahaja (seperti perbelanjaan elektik dan air). Dalam keadaan demikian, anggaran bagi kegunaan persendirian hendaklah dicatat semasa perbelanjaan tersebut direkod.

    ■ Overdraf/Pinjaman

Butiran kegunaan overdraf atau pinjaman untuk tujuan persendirian atau bukan perniagaan, termasuk pembelian syer atau harta bukan perniagaan dan ambilan untuk kegunaan persendirian, hendaklah direkod.

Wang persendirian digunakan dalam perniagaan 

Rekod hendaklah dibuat bagi mana-mana wang persendirian yang dibawa masuk ke dalam perniagaan. Bukti punca wang berkenaan hendaklah disimpan (contoh: wang harta pusaka
atau menang loteri). 

Dalam kes perkongsian, wang yang dibawa masuk ataukeluar daripada perkongsian, bahagian keuntungan rakan kongsi, faedah atas modal, gaji dan manfaat lain hendaklah direkod.

Perbelanjaan untuk tujuan persendirian (contoh: yuran pendidikan anak, perbelanjaan cuti melancung sekeluarga) seharusnya direkod secara berasingan.

Bayaran kontrak dan sub-kontrak 

Butir-butir lengkap kontraktor atau sub-kontraktor seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, jumlah dan tarikh bayaran dan jenis kerja yang dijalankan adalah perlu bagi menyokong bayaran ini.

Jadual-jadual Susutnilai 

Penyata Untung & Rugi dan Kunci Kira-kira 

Sebarang dokumen yang mengesahkan butiran akaun 

(contohnya: kertas kerja)

Sumber dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/BM_PanduanPenyimpananRekod.pdf

<<Semoga memberi manfaat>>

Adakah anda mahu mengurangkan bebanan memikirkan:

a) Kos pekerja akaun (bayar bulanan) ?
b) Masalah mencari pekerja akaun yang berdedikasi ?
c) Masalah penyimpanan rekod yang bercampur aduk?
e) Pening membuat akaun lengkap?

Jangan PENING dan RUNSING !!

Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan membuat akaun perseorangan dan perniagaan mengikut masa anda. Sebulan, 1/3 tahun atau pun Setahun Sekali.

Kelebihan perkhidmatan kami:-
a) Kos yang minima dan mampu
b) Mengurangkan kos pengurusan  dan pentadbiran
c) Mempertingkatkan kawalan dan pengurusan kewangan
d) Penyata kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai
e) Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakauanan diguna pakai di malaysia.

Hubungi Kami Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

Blog link : http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/

Isikan Borang tempahan khidmat kami di sini http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/search/label/BORANG%20TEMPAHAN

KENAPA PERLU REKOD AKAUN PERNIAGAAN? PART II

Teks: Firdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gambar : google

PART II

7) Apakah yang berlaku sekiranya rekod dan buku-buku akaun tidak disediakan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris?

Apabila terdapat permintaan dari Ketua Pengarah, terjemahan bertulis hendaklah disediakan atas tanggungan perniagaan milik tunggal atau perkongsian.

8) Dalam bentuk apakah rekod-rekod seharusnya disimpan?

Rekod-rekod boleh disimpan dalam bentuk manual atau elektronik. Walau bagaimanapun, sekiranya rekod disimpan dalam bentuk elektronik, rekod sedemikian seharusnya boleh
ditukar kepada format yang boleh dibaca bila-bila masa.

9) Sekiranya rekod-rekod disimpan dalam komputer, adakah perlu untuk menyimpan dokumen sumber asal? 

Dalam keadaan di mana rekod-rekod telah ditukar daripada bentuk manual kepada bentuk elektronik, anda masih perlu menyimpan rekod-rekod dalam bentuk asal. Walau bagaimanapun, dalam keadaan di mana rekod-rekod asal disimpan dalam bentuk elektronik, rekod yang sedemikian boleh dikekalkan.

10) Adakah perlu untuk menyimpan sebarang dokumen sokongan?

Dokumen-dokumen sokongan seperti invois jualan dan belian, bil-bil tunai, penyata bank, baucer bayaran, slip bayaran masuk, keratan cek, resit bayaran rasmi dan sebagainya perlu disimpan
untuk tujuan pengesahan tuntutan atau perbelanjaan.

11) Apa akan berlaku sekiranya rekod-rekod yang mencukupi tidak disimpan?

Akibat kegagalan menyimpan rekod yang mencukupi:

◆ Individu atau perkongsian mungkin dikehendaki oleh Ketua Pengarah supaya akaunnya diaudit oleh akauntan bertauliah atas tanggungan individu atau perkongsian itu.

◆ Pendapatan tercukai individu berkenaan boleh ditentukan mengikut pertimbangan Ketua Pengarah dan taksiran dibangkitkan sewajarnya.

◆ Individu atau rakan kongsi boleh didakwa di atas kegagalan menyimpan rekod dan, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Kita akan sambung perbincangan di tajuk KENAPA PERLU REKOD AKAUN PERNIAGAAN? SUMBER DOCUMENT, PART I.

Sumber dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/BM_PanduanPenyimpananRekod.pdf

<<Semoga bermanfaat>>