Wednesday, 9 April 2014

KENAPA PERLU REKOD AKAUN PERNIAGAAN? PART I


Teks: Firdauz Hayati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gambar : Google

PART I


Kenapa perlunya merekod setiap transaksi yang berlaku dalam perniagaan kepada Akaun yang lengkap?

Penyimpanan rekod yang teratur adalah sangat PENTING sebagai bukti urusan perniagaan kita berada ditahap yang terkawal.

Disini kami ingin berkongsi panduan menyimpan rekod secara Am dan memberi penerangan tentang jenis rekod yang perlu disimpan oleh sesebuah perniagaan samada milik tunggal atau perkongsian.


1) Siapakah yang dikehendaki menyimpan Rekod ?

Seseorang individu yang menjalankan perniagaan sebagai pemilik tunggal atau perkongsian dikehendaki menyimpan rekod yang teratur.

2) Siapakah yang terlibat dalam penyimpanan rekod?

Penyimpanan rekod melibatkan:

◆ Mewujudkan rekod-rekod yang mencukupi untuk semua transaksi perniagaan

◆ Mengendalikan rekod sepanjang tahun

◆ Menyimpan rekod sepanjang tempoh masa yang diperlukan.

3) Mengapa penting menyimpan rekod-rekod yang mencukupi dan teratur?

Penyimpanan rekod yang teratur adalah merupakan amalan perniagaan yang baik kerana:

◆ Maklumat yang diperolehi membolehkan anda memantau kemajuan perniagaan

◆ Apabila tiba masa mengisi Borang Nyata Pendapatan, maklumat yang diperlukan telah sedia ada

◆ Apabila Lembaga Hasil memilih kes anda untuk diaudit, adalah memudahkan sekiranya semua maklumat senang diperolehi dengan cepat iaitu dengan gangguan yang
minimum.

4) Berapa Lamakah rekod dan Buku-Buku Akaun perli disimpan?

Rekod-rekod dan buku-buku akaun perlu disimpan untuk tempoh tujuh tahun dari akhir tahun kalendar iaitu di atas apa-apa pendapatan perniagaan yang berkenaan.

Tetapi, sekiranya terdapat rayuan terhadap taksiran, rekod dan buku-buku akaun yang relevan perlu disimpan sehingga rayuan itu selesai.

Contoh:
Encik Kamal menjalankan perniagaan sub-kontrak dan menutup akaun pada 31 Disember. Akaun bagi perniagaan sub-kontrak bagi tahun berakhir 31 Disember 2001 perlu disimpan untuk tempoh tujuh tahun iaitu sehingga tahun 2008.


5) Di manakah rekod dan buku-buku akaun seharusnya di simpan?

Rekod-rekod dan buku-buku akaun bagi sesebuah perniagaan

seharusnya disimpan di tempat perniagaan itu dijalankan.

6) Apakah bahasa yang digunakan dalam penyimanan rekod dan buku-buku akaun?

Rekod-rekod dan buku-buku akaun seharusnya ditulis dalam

Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.

Kita akan sambung perbincangan di tajuk KENAPA PERLU REKOD AKAUN PAERNIAGAAN? PART II.

Sumber dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/BM_PanduanPenyimpananRekod.pdf

<<Semoga bermanfaat>>

Adakah anda mahu mengurangkan bebanan memikirkan:

a) Kos pekerja akaun (bayar bulanan) ?
b) Masalah mencari pekerja akaun yang berdedikasi ?
c) Masalah penyimpanan rekod yang bercampur aduk?
e) Pening membuat akaun lengkap?

Jangan PENING dan RUNSING !!

Kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan membuat akaun perseorangan dan perniagaan mengikut masa anda. Sebulan, 1/3 tahun atau pun Setahun Sekali.

Kelebihan perkhidmatan kami:-
a) Kos yang minima dan mampu
b) Mengurangkan kos pengurusan  dan pentadbiran
c) Mempertingkatkan kawalan dan pengurusan kewangan
d) Penyata kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai
e) Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakauanan diguna pakai di malaysia.

Hubungi Kami Call/Whatapp 012-6035874 & 012-9682967

Blog link : http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/

Isikan Borang tempahan khidmat kami di sini http://mrfirdauzhayati.blogspot.com/search/label/BORANG%20TEMPAHAN

No comments:

Post a Comment